TAHNIAH JOHAN !!!! "Baby girl Johan sangat comel ,,, Muka macam siapa ???


Oleh Izzat Ismail. Kredit foto Instagram @jozlynnhanania.

Johan telah pun selamat menimang cahayamata keempat minggu lalu. Ini disahkan oleh Johan sendiri melalui laman sosial instagram dan telah berkongsi bersama peminat sekalian. Melalui gambar di dalam kapsyen tersebut dia mengaku telah menimang cahaya mata perempuan minggu lalu...

Isterinya, Ozlynn telah melahirkan bayi perempuan sulung seberat 4.11 kilogram pada 25 November lalu. Bukan itu saja, kedua-dua mereka iaitu ibu dan anak turut berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Dia turut meminta maaf kepada semua pihak kerana tidak memberi kenyataan balas kepada pihak yang cuba menghubungi dirinya berkaitan hal tersebut...

Ini kerana selepas kelahiran bayinya, nenda kesayanganya telah meninggal dunia. Perkara sedih tersebut telah membuatkan empunya badan meminta agar diberikan ruang serta mengharapkan kerjasama semua pihak untuk memahami situasinya. Johan turut memberitahu dia tidak akan mendedahkan wajah penuh anaknya itu seperti tiga anak yang lain dan dalam masa yang sama tidak menghalang sesiapa untuk melawat mereka...

Ray, antara ramai yang telah melawat bayi perempuan pertama pasangan ini memberitahu, "Baby girl Johan sangat comel! Muka macam siapa? Macam Papa dia, sebiji! Bayangkan saja wajah Johan yang comel tanpa jambang! ", ketika ditanya bagaimanakah raut wajah anak perempuan Johan...

SUMBER : www.era.fm

0 Response to "TAHNIAH JOHAN !!!! "Baby girl Johan sangat comel ,,, Muka macam siapa ???"

Post a Comment